Insidious Chapter 3
Isnin yang lepas, saya, suami dan adik beradik pergi menonton
Insidious Chapter 3
Waa, memang terbaik!
Kali ini cerita tertumpu kepada psikik yang banyak membantu keluarga yang dihantui dalam Insidious 1 dan 2 dan psychic ini mati dalam insidious yang ke-2 kalau tak silap.
Psychic yang bernama Elise tu.
Macam mana pada mulanya Elise tidak berminat untuk meneruskan kepakarannya untuk berhubung dengan si mati selepas suaminya mati bunuh diri akibat kemurungan tapi atas sebab percaya kepada bakatnya untuk membantu yang memerlukan Elise berjaya meyakinkan dirinya untuk meneruskan kepakarannya.
Kali ini, Elise membantu seorang budak perempuan yang hampir dirasuk oleh roh jahat.
Selain itu, dalam cerita ini turut diceritakan bagaimana Elise berjumpa dengan 2 lagi budak lelaki dan menubuhkan kumpulan untuk membantu mereka yang mempunyai masalah dalam menghadapi alam ghaib ini!
Cerita ini memang tidak rugi untuk ditonton!
