Thursday, December 24, 2015

18122015

Hari kedua di Bukit Merah Laketown Resort

Pagi lagi kami dah bertolak ke Pulau Orang Utan



Tapi sebelum pergi ke Pulau Orang Utan

Kita kena beli tiket dahulu

RM15 untuk dewasa
Maaf kanak-kanak saya terlupa

Nanti kita kena pakai band macam kat bawah

F <3 F

Lepas itu, kita akan ke pulau menaiki bot


Ambil masa 10-15 minit untuk sampai

Apabila sampai di sana, kita akan diberi penerangan oleh tourist guide di sana

Kalau nak tahu, pulau ini menggunakan konsep terowong

Di mana, orang utan dibiarkan bebas bergerak, manakala kita akan berada di dalam sangkar @ terowong

Sepanjang terowong ini, saya jumpa dua bangunan tandas untuk pelawat 
Jadi tidak perlu risau jika anda perlu ke tandas

Replika Ketua Orang Utan di sini

Kalau nak kenal yang mana satu ketua mereka adalah berpandukan kelebaran pipi mereka
Umur ketua di sini hampir mencecah 30 tahun

Anak pertama ketua orang utan, Adam namanya


Maaf yang ini saya tak ingat namanya
tapi pandai beraksi depan kamera seolah-olah sedang tersenyum


Terowong yang kita akan lalu apabila ke sini


Selesai lawatan boleh singgah kedai cenderamata!

Ok, kami nak pulang ke bilik lepas tu bertolak ke destinasi seterusnya

Pulau Pinang <3


Wednesday, December 23, 2015

17122015

Short Gateway

Percutian yang tidak dirancang bersama suami

Bercuti ke Bukit Merah Laketown Resort


Yeay!!

Alhamdulillah, ada rezeki kami berdua ke sini

Kami menginap di Laketown Hotel

Suasana di sini memang sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk berehat dan menenangkan fikiran

Selain itu, tempat ini juga sesuai untuk percutian keluarga

Disebabkan terdapatnya waterpark dan eco park

Memang kanak-kanak akan sangat gembira 

Harga tiket juga berpatutan!

Entri pertama ini, saya akan berkongsi dengan anda mengenai penginapan kami

Laketown Hotel


Yep, bilik ini ada 1 katil double dan 1 katil single
Aircond, Flat TV, Heater, Kettle


Sebelah sinki ada almari baju

Banyak ruangan untuk simpan barang!

Tapi sebab kami berdua, kekosongan itu jelas terlihat


Bilik air ada shower dan toilet
Jangan risau, ada pili untuk air panas

Cumanya tandas tu, bila kita flush bunyi air isi balik tangki airnya macam orang menjerit

huhu

Kami berdua ni tak kisah, asalkan selesa untuk berehat

Macam mana dapat tempah bilik macam ni?

Senang sahaja ada 2 cara

Pertama, terus booking melalui Official Website Bukit Merah Laketown Resort

Kedua, melalui website Booking.com

Saya suka guna website booking ni sebab website ni dah siap-siap kira harga untuk berapa malam yang kita nak tempah

Senang je!


Ini adalah cafe yang ada dekat sana!

Selain itu, di sini pun masih ada gerai-gerai yang jual makanan seperti nasi goreng, mee goreng

Cumanya gerai-gerai ni waktu malam tidak buka

Jadinya, siap-siap bungkus awal seandainya anda tidak mahu makan di cafe yang disediakan

Ok, cukup setakat ini dahulu

<3

Thursday, June 11, 2015

12062015

Insidious Chapter 3


Isnin yang lepas, saya, suami dan adik beradik pergi menonton 

Insidious Chapter 3

Waa, memang terbaik!

Kali ini cerita tertumpu kepada psikik yang banyak membantu keluarga yang dihantui dalam Insidious 1 dan 2 dan psychic ini mati dalam insidious yang ke-2 kalau tak silap.
Psychic yang bernama Elise tu.

Macam mana pada mulanya Elise tidak berminat untuk meneruskan kepakarannya untuk berhubung dengan si mati selepas suaminya mati bunuh diri akibat kemurungan tapi atas sebab percaya kepada bakatnya untuk membantu yang memerlukan Elise berjaya meyakinkan dirinya untuk meneruskan kepakarannya.

Kali ini, Elise membantu seorang budak perempuan yang hampir dirasuk oleh roh jahat.
Selain itu, dalam cerita ini turut diceritakan bagaimana Elise berjumpa dengan 2 lagi budak lelaki dan menubuhkan kumpulan untuk membantu mereka yang mempunyai masalah dalam menghadapi alam ghaib ini!

Cerita ini memang tidak rugi untuk ditonton!



Saturday, June 6, 2015

07062015

Sebenarnya ini entri tertunda
Jadinya semua yang dimasukkan dalam ini
Sudah lama berlaku


Yes, nak kongsi pengalaman menonton cerita Pilot Cafe ni
dan untuk pengetahuan saya tak pernah baca novel cerita ni

apa yang cuba diketengahkan oleh cerita ini?

daripada apa yang saya faham,

tentang cinta
orang yang mempermainkan cinta
orang yang menghargai cinta
cinta yang tidak berbalas
jatuh cinta dalam tidak sedar

walaupun banyak hal cinta
ada juga diselitkan sedikit pengajaran untuk dijadikan panduan hidup kita

Assalamualaikum!

Saturday, May 16, 2015

16052015ii

Isra' Mi'raj

Salah satu peristiwa penting bagi orang Muslim
Peristiwa bermulanya SOLAT itu dijadikan amalan utama orang Muslim

Disebabkan peristiwa ini juga
Rasulullah dicerca, diejek dan dituduh sebagai orang kurang suiman, orang yang mengamalkan sihir
kerana bagi orang kafir perkara ini adalah tidak logik

Namun begitu, Allah tidak akan membiarkan sahaja kekasihNya
Peristiwa ini disahkan benar berlaku oleh kabilah yang menemui Rasulullah S.A.W pada malam berlakunya 
Isra' dan Mi'raj

16052015

Assalamualaikum!

Hari ni 16 Mei 2015
Hari teristimewa buat insan yang bergelar guru/cikgu/pensyarah

Hari di mana kita meraikan insan teristimewa ini
Segala penat lelah mereka dalam melahirkan
generasi yang bakal menerajui negara kita
harapan bangsa dan negara
Walaupun berat, sanggup dipikul amanah yang berat ini
Itulah dia insan yang bergelar Guru

Dalam kegembiraan meraikan hari Guru 
jangan dilupa guru kita yang pertama
iaitu Ibu dan Ayah kita!

Selamat Hari Guru!