Wednesday, December 23, 2015

17122015

Short Gateway

Percutian yang tidak dirancang bersama suami

Bercuti ke Bukit Merah Laketown Resort


Yeay!!

Alhamdulillah, ada rezeki kami berdua ke sini

Kami menginap di Laketown Hotel

Suasana di sini memang sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk berehat dan menenangkan fikiran

Selain itu, tempat ini juga sesuai untuk percutian keluarga

Disebabkan terdapatnya waterpark dan eco park

Memang kanak-kanak akan sangat gembira 

Harga tiket juga berpatutan!

Entri pertama ini, saya akan berkongsi dengan anda mengenai penginapan kami

Laketown Hotel


Yep, bilik ini ada 1 katil double dan 1 katil single
Aircond, Flat TV, Heater, Kettle


Sebelah sinki ada almari baju

Banyak ruangan untuk simpan barang!

Tapi sebab kami berdua, kekosongan itu jelas terlihat


Bilik air ada shower dan toilet
Jangan risau, ada pili untuk air panas

Cumanya tandas tu, bila kita flush bunyi air isi balik tangki airnya macam orang menjerit

huhu

Kami berdua ni tak kisah, asalkan selesa untuk berehat

Macam mana dapat tempah bilik macam ni?

Senang sahaja ada 2 cara

Pertama, terus booking melalui Official Website Bukit Merah Laketown Resort

Kedua, melalui website Booking.com

Saya suka guna website booking ni sebab website ni dah siap-siap kira harga untuk berapa malam yang kita nak tempah

Senang je!


Ini adalah cafe yang ada dekat sana!

Selain itu, di sini pun masih ada gerai-gerai yang jual makanan seperti nasi goreng, mee goreng

Cumanya gerai-gerai ni waktu malam tidak buka

Jadinya, siap-siap bungkus awal seandainya anda tidak mahu makan di cafe yang disediakan

Ok, cukup setakat ini dahulu

<3

No comments:

Post a Comment